World News

SIARAN MEDIA: SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL HARIMAU MALAYA B-19 MENJELANG KEJUARAAN FUTSAL B-19 ASEAN 2025 DI THAILAND

SIARAN MEDIA: SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL HARIMAU MALAYA B-19 MENJELANG KEJUARAAN FUTSAL B-19 ASEAN 2025 DI THAILAND fakhrul

Berikut merupakan senarai nama 20 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam bagi menyertai kem latihan pusat skuad futsal Harimau Malaya B-19 bermula 2 hingga 15 Disember 2025 sebagai persiapan menghadapi saingan Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 di Nonthaburi, Thailand bermula 23 hingga 29 Disember 2025.

 

BIL

NAMA

POSISI

PASUKAN

1.

MUHAMMAD ADAM NAIM MOHD JAFRI

GK

SELANGOR FC

2.

MUHAMMAD AIDIL ZAKWAN ZAIDI

FIXO

SELANGOR FC

3.

MUHAMMAD AIDIL ZAQUAN MOHD AZMAN

FIXO

SELANGOR FC

4.

MUHAMMAD FITRI HAQIM FAIZANIZAM

ALA

SELANGOR FC

5.

MUHAMMAD AIDIL AFIQZAM MOHD NASIR

ALA

SELANGOR FC

6.

IQBAL HAZIM RADZI

ALA

SELANGOR FC

7.

SUFIYAN ABDUL HALIM

ALA

SELANGOR FC

8.

MUHAMMAD ZAIM LUTFI SAHAWALUDIN

PIVOT

SELANGOR FC

9.

MOHAMMAD AMMAR HARITH MOHAMMAD

GK

KELANTAN FT

10.

MOHAMAD FAARIS AMSYAR MARHAIDI

FIXO

KELANTAN FT

11.

MUHAMMAD AMIR HAIKAL MOHAMMAD

FIXO

KELANTAN FT

12.

MUHAMMAD HAIKAL RADI

ALA/PIVOT

KELANTAN FT

13.

MUHAMMAD AKMAL RIZAL MUSTAPHA KAMAL

ALA

KELANTAN FT

14.

ARASH DANIAL ABDUL HISHAM

FIXO

PAHANG RANGERS FC

15.

MUHAMMAD ADAM RAYYAN NOR HISAM

PIVOT

PAHANG RANGERS FC

16.

ANIQ SYAHMI ANAS

FIXO

KUALA LUMPUR FA

17.

AIDIL FAZREZ ZUL HATTA

PIVOT

KUALA LUMPUR FA

18.

MUHAMMAD ARIF MOHD ZABIDI

GK

PULAU PINANG

19.

MOHD NAZWAN AIRIL MOHD HAYKAL

ALA

SARAWAK SPORTS C&C

20.

MUHAMMAD IFZHAR RAIF MUHAMMAD IFTIHAR

PIVOT

CS FC

 

Sementara empat pemain berikut berada dalam Senarai Bersedia jika terdapat sebarang perubahan pada senarai 20 pemain di atas:

BIL

NAMA

POSISI

PASUKAN

1.

MUHAMMAD ADAM HARRIS HERMAN

GK

PJ CHAMPZ MOTA

2.

AHMAD SIDQI SYAHMIE AHMAD SIRAJUDDIN

ALA

PJ CHAMPZ MOTA

3.

MUHAMMAD HAIKAL ABDULLAH

ALA

KELANTAN FT

4.

MUHAMMAD AQHIL DANIAL SAHRIZAN

ALA

CS FC

 

Barisan kejurulatihan skuad futsal B-19 kebangsaan ini akan diketuai sendiri oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam dengan dibantu oleh dua penolong ketua jurulatih iaitu Muizuddin Mohd Haris dan Mohd Taufik Yaiyah serta jurulatih penjaga gol, Jasman Patmee Mohamed Meera.

Sementara Exco FAM, Datuk Haji Mohd Hisamudin Yahaya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM menggalas tugas sebagai Pengurus Pasukan dengan dibantu oleh Mimi Afzan Afza selaku Penolong Pengurus Pasukan.

Terdahulu seramai 43 pemain telah dipanggil bagi sesi pemilihan Fasa 1 dari 5 hingga 20 November lalu berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang dijalankan di sepanjang saingan Kejohanan Futsal B-19 Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya dari 17 hingga 24 Oktober lalu.

Jumlah itu kemudian dikecilkan kepada 23 pemain untuk Fasa 2 pemilihan yang diadakan dari 21 hingga 29 November lalu yang mana senarai 20 pemain telah dipilih untuk berada dalam kem latihan pusat Fasa Akhir bermula Selasa ini, 2 Disember 2025.

Hanya 14 pemain terbaik akan terbang ke Bangkok, Thailand pada 16 Disember bagi persiapan terakhir di sana dengan beberapa siri perlawanan persahabatan telah diatur sebelum saingan Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 bermula pada 23 Disember.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan B akan memulakan kempen bertemu Myanmar pada Selasa, 23 Disember, diikuti aksi berikutnya menentang Kemboja pada Rabu, 24 Disember dan aksi terakhir kumpulan berdepan Indonesia pada Khamis, 25 Disember 2025.

Kumpulan A pula hanya menampilkan tiga pasukan iaitu tuan rumah Thailand, Vietnam dan Brunei.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada Sabtu, 27 Disember manakala aksi penentuan tempat ketiga dan final akan berlangsung pada Isnin, 29 Disember 2025. Kesemua perlawanan di Stadium Gimnasium Nonthaburi, Thailand.

 

  • Siaran media ini dikeluarkan pada Ahad, 30 November 2025
Date
Image
News Category

Читайте на сайте