KENYATAAN RASMI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
KENYATAAN RASMI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
faris
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport – CAS).
FAM telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada CAS berhubung hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk ini serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
CAS telah menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.
FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan.
Segala perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Datuk Wira Mohd Yusoff Hj Mahadi
Pemangku Presiden
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
- Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 8 Disember 2025.
Date
Image
News Category
Featured
Yes