World News in Malay

SIARAN MEDIA: JAWATANKUASA TATATERTIB & ETIKA AFC JATUH HUKUM DUA PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2027 SKUAD HARIMAU MALAYA DIISYTIHAR KALAH 3-0

SIARAN MEDIA: JAWATANKUASA TATATERTIB & ETIKA AFC JATUH HUKUM DUA PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2027 SKUAD HARIMAU MALAYA DIISYTIHAR KALAH 3-0 fakhrul

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib & Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang bersidang pada Selasa, 17 Mac 2026 berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC, Jahangir Baglari itu mendapati bahawa FAM telah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 berikut:

1- Malaysia lwn Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-0; dan

2- Malaysia lwn Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 4-0.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada kedua-dua perlawanan tersebut berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib & Etika AFC.

Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak AS$50,000 (RM196,119).

FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini.

 

  • Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 17 Mac 2026
Date
Image
News Category

Читайте на сайте