SIARAN MEDIA: SENARAI 18 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL HARIMAU MALAYA MENJELANG KEJUARAAN FUTSAL ASEAN 2026 DI THAILAND
Berikut merupakan senarai nama 18 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Addie Azwan Zainal bagi menyertai kem latihan pusat bermula Rabu, 25 Mac 2026 sebagai persiapan skuad futsal Harimau Malaya menghadapi Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 di Nonthaburi, Thailand bermula 6 hingga 12 April 2026.
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1. | MOHAMAD FAARIS AMSYAR MARHAIDI | 19 | FIXO | SELANGOR FC |
2. | MUHAMMAD AIDIL ZAKWAN ZAIDI | 19 | ALA | SELANGOR FC |
3. | IQBAL HAZIM RADZI | 20 | ALA | SELANGOR FC |
4. | AHMED HAZIQ HAIKAL RASHIDI | 22 | ALA | SELANGOR FC |
5. | MOHD AHZAR ARIS | 28 | GK | SABAH |
6. | KAIRUL SUKRI | 26 | ALA | SABAH |
7. | MOHD ZULHAIRI HARIS | 28 | ALA | SABAH |
8. | MOHD FARHAN ARMAN | 26 | ALA | SABAH |
9. | MUHAMMAD AMIRO IZZAT MOHD ANNUAR | 25 | GK | PAHANG RANGERS FC |
10. | MUHAMMAD ADAM RAYYAN NOR HISAM | 19 | PIVOT | PAHANG RANGERS FC |
11. | MATIAS DANISAN | 23 | FIXO | KL CITY FC |
12. | NAVIN DAS AROKIADASS | 27 | ALA | KL CITY FC |
13. | MUHAMMAD AMIRUL SYAHMI MOHD SANUSI | 23 | ALA | USMKK FC |
14. | MUHAMMAD DANIAL ZHAFIRUL BAZLAN | 22 | ALA / PIVOT | USMKK FC |
15. | MOHD SHAMSURI SALEH | 31 | FIXO | ATM |
16. | ALIF IQWAN HUSSIN | 28 | PIVOT | ATM |
17. | MOHAMMAD AMMAR HARITH MOHAMMAD | 19 | GK | JOHOR DARUL TA’ZIM |
18. | MUHAMMAD ARIF ROSLAN | 25 | FIXO | MALAYSIAN UNIVERSITY |
Sementara tiga pemain berikut berada dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai nama di atas.
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1. | SYED SHAHRUL NIEZAM SYED ABD RAHIM | 27 | ALA | TERENGGANU |
2. | MUHAMMAD SYARIFUDDIN MD AKHIR | 25 | ALA | PAHANG RANGERS FC |
3. | DINESHKUMAR KUMARA RAJA | 27 | ALA | KL CITY FC |
Addie Azwan hanya mengekalkan seorang pemain dari skuad 14 pemain ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia pada Januari lalu iaitu Aidil Zakwan Zaidi manakala seorang lagi pemain, Syed Shahrul Niezam Syed Abd Rahim diletakkan dalam Senarai Bersedia.
Selebihnya, muka-muka baharu dipilih untuk dipanggil ke kem latihan pusat kali ini yang menampilkan seramai sembilan pemain muda berusia di antara 19 hingga 23 tahun, manakala hanya seorang pemain yang berusia lebih 30 tahun iaitu Mohd Shamsuri Saleh.
Skuad futsal kebangsaan akan menjalani latihan pusat selama 10 hari di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya dari 25 Mac hingga 3 April 2026 sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand pada 4 April 2026.
Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 yang berlangsung di Stadium Nonthaburi disertai lapan pasukan dengan tuan rumah Thailand diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Myanmar dan Timor-Leste manakala Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan Indonesia, Australia dan Brunei, selepas Kemboja menarik diri.
Skuad futsal Harimau Malaya akan memulakan kempen dengan aksi pembukaan berdepan Australia pada Isnin, 6 April 2026, disusuli aksi kedua menentang Indonesia pada Selasa, 7 April 2026 dan perlawanan terakhir bertemu Brunei pada Rabu, 8 April 2026.
Jika berjaya muncul juara atau naib juara kumpulan, aksi separuh akhir dijadual pada Jumaat, 10 April 2026 disusuli aksi final dan penentuan tempat ketiga pada Ahad, 12 April 2026.
Sebagai rekod, skuad futsal Harimau Malaya pernah lima kali muncul naib juara pada 2003, 2005, 2010, 2017 dan 2018 serta menamatkan saingan di tangga ketiga sebanyak lima kali pada 2001, 2007, 2008, 2015 dan 2016.
Pada edisi terakhir pada 2024 di Korat, Thailand, Malaysia gagal ke separuh akhir apabila menamatkan saingan Kumpulan A di tangga ketiga di belakang Vietnam dan Thailand.
- Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 18 Mac 2026