MAJLIS UNDIAN PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA 2019
Format pertandingan bagi Piala Presiden 2019 dan Piala Belia 2019 kekal seperti musim lalu iaitu dibahagikan kepada dua kumpulan dengan empat pasukan teratas setiap kumpulan (selepas mengharungi 20 perlawanan home & away) akan layak ke peringkat kalah mati - suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir.
Untuk makluman, perlawanan-perlawanan peringkat kalah mati bagi saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim ini - suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan diadakan secara timbal balik.