World News in Malay
Декабрь
2017

Новости за 06.12.2017

Football Association of Malaysia 

FAM TERIMA PELETAKAN JAWATAN NELO VINGADA

2017-12-06

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas merujuk perkara ini kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden FAM telah menerima peletakan jawatan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

FAM ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas sumbangan dan khidmatnya bersama-sama dua pembantunya, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa sepanjang mereka mengendalikan skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Mei lalu. Читать дальше...

Football Association of Malaysia 

NELO VINGADA LETAK JAWATAN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN

2017-12-06

Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini. Читать дальше...

Football Association of Malaysia 

4 PASUKAN LIGA PREMIER 2017 LULUS LESEN KELAB UNTUK BERAKSI PADA LIGA SUPER 2018

2017-12-06

Empat pasukan Liga Premier 2017 iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, PKNP FC dan Negeri Sembilan telah lulus dalam permohonan mendapatkan Lesen Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekali gus membolehkan mereka layak untuk beraksi pada saingan Liga Super 2018.

Surat kelulusan lesen berkenaan telah dihantar kepada empat pasukan tersebut, hari ini selepas mereka berjaya melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel... Читать дальше...