SENARAI AKHIR 28 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA B-23 KE KEJUARAAN B-23 AFF 2022 DI PHNOM PENH, KEMBOJA (14 HINGGA 26 FEBRUARI 2022)
2022-02-13
Berikut senarai akhir 28 pemain skuad B-23 kebangsaan kendalian Brad Maloney bagi mengharungi cabaran negara pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.
Pemain Johor Darul Ta'zim II, Shafi Azswad Sapari akan tiba di Phnom Penh, hari ini untuk menyertai skuad Harimau Malaya B-23 bagi menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang disahkan positif COVID-19 ketika ujian PCR sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Jumaat lalu (11 Februari).
Shafi Azswad seterusnya akan mula menyertai latihan bersama pasukan selepas memperoleh keputusan ujian PCR setibanya di Phnom Penh.
Skuad B-23 kebangsaan akan memulakan saingan Kumpulan B menentang Myanmar pada Selasa, 15 Februari dan Laos pada Jumaat, 18 Februari, kedua-duanya di Stadium Prince, Phnom Penh.
* Senarai ini dikeluarkan pada Ahad, 13 Februari 2022